Wednesday, March 13, 2019

Butik ku Office ku

Hari ini macam biasa masuk office pagi check stok dan sambung marketing di instagram dan facebook. Petang tadi mood rajin datang untuk susun atur stok yang sedia ada bagi nampak lebih banyak dan teratur. Sue ni jenis yang tak suka tengok stok sikit haha sejenis tamak stok pun ya. Kalau nampak macam kurang jew terus restok dan restok yelah sebab nanti tak nak bagi customer tunggu lama untuk dapat stok dan anak-anak team pun kelaparan semuanya.

Sue bermula dengan RM0 erti kata lain berniaga tanpa modal iaitu jadi dropship lah. Tapi tak lama sebab sue ni jenis yang suka ada barang kat tangan baru senang nak promote dan satu lagi sue kena lah jadi tikus makmal dulu untuk produk yang sue jual lepas tu jatuh cinta dan sampai sekarang sue jadi pengguna tetap untuk semua hot item ni yeah mostly dari korean uolls. Sejenis minah kpop dari zaman budak lagi haha sape jew perempuan yang tak minat kpop kan, boleh kira dengan jari lah. Ok dah macam lari topik pulak.

Petang tadi sue ada upload gambar ni dekat facebook (Suzulaiha Mohamad) dan ada orang komen syok stok banyak. Actually tak banyak pun bagi sue kalau nak dibandingkan dengan jerung yang aktif berenang dalam team kami, tapi alhamdulillah sue berjaya simpan stok sebanyak ini berbanding dulu stok bawah katil sahaja.

Nak tahu macam mana sue bermula dan boleh bertahan sampai sekarang?
Nantikan episod seterusnya ya hehe dah nak masuk waktu tidur ni, kita jumpa lagi di lain hari see yaaaaa👋






No comments:

Post a Comment